Port Dickson: Seramai 15 pelajar Tingkatan Lima SMK Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan telah menerima sumbangan dalam bentuk wang saku, pakaian seragam sekolah, buku ulangkaji, pembiayaan kos tuisyen, yuran sekolah dan sebagainya daripada Yayasan UNITI . Para pelajar berkenaan adalah peserta yang telah berjaya dipilih untuk menyertai Misi Satu Keluarga Satu Graduan yang dianjurkan oleh Yayasan UNITI.
Majlis berkenaan diadakan di Dewan SMK Pasir Panjang semasa Hari Perhimpunan Sekolah yang disaksikan oleh seramai 700 pelajar dan para guru.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Yayasan UNITI, En Saiful Nizam Bin A.b Shokor dan diiringi Puan Pengetua dan Guru Penolong Kanan 1 SMK Panjang Panjang.
En Saiful Nizam Ab Shokor semasa ucapannya telah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 15 peserta berkenaan kerana telah berjaya terpilih sebagai peserta Misi Satu Keluarga Satu Graduan bagi tahun 2010. Beliau mengharapkan para peserta dapat mencipta kejayaan didalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“15 pelajar berkenaan amat bertuah dipilih sebagai peserta Misi Satu Keluarga Satu Graduan kerana pelajar seluruh Malaysia yang memohon adalah ramai dan Yayasan UNITI hanya memilih mereka sahaja” katanya.
Beliau juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada 700 pelajar yang lain untuk berjaya pada masa hadapan.
Di akhir ucapan, beliau telah merakamkan ucapan infiniti terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga SMK Pasir Panjang terutamanya Puan Pengetua, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Kaunselor di atas kebenaran dan kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Misi Satu Keluarga Satu Graduan ini.
No comments:
Post a Comment