SEKAPUR SIRIH


Yayasan UNITI merupakan sebuah badan yang tidak mempunyai sebarang matlamat keuntungan dan perniagaan telah ditubuhkan pada 16 Mac 1998. Ia bertujuan bagi memfokuskan usaha mengumpul, menerima, mengurus dan mentadbir dana diharapkan akan dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar bagi meneruskan kecemerlangan dalam dunia pendidikan. Dana tersebut dijangkakan akan dapat dikumpulkan melalui sumbangan ahli-ahli Yayasan dan juga sumbangan ikhlas daripada individu dan badan-badan yang berminat. Sebagai insentifnya, setiap sumbangan tersebut akan dikecualikan daripada dikenakan cukai pendapatan oleh pihak kerajaan (salinan surat pelepasan cukai disertakan).


Penerima sumbangan dan bantuan yang diagihkan tidaklah merupakan semata-mata pelajar UNITI, tetapi akan diberikan kepada setiap pelajar yang layak dan sesuai di seluruh negara. la akan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuklah secara dermasiswa, bantuan kewangan, insentif pelajaran, hadiah dan sebagainya. Malah organisasi yang terlibat dalam pendidikan dan penyelidikan sama ada secara langsung atau tidak juga berhak bagi mendapatkan bantuan daripada dana tersebut.


Oleh itu, individu-individu, badan korporat, dermawan serta badan-badan yang terbabit dialu-alukan bagi menjadi ahli dalam Yayasan UNITI.

Tuesday, May 18, 2010

Pelajar UiTM bantu anak yatim

Oleh ABD RAZAK OSMAN-Portal Pendidikan Utusan

SERAMAI 52 pelajar UiTM Pulau Pinang mengadakan khidmat masyarakat di Rumah Bedaya, Kulim, Kedah baru-baru ini.




SERAMAI 47 anak yatim dari Rumah Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (Bedaya) Kulim, Kedah, menerima bantuan kewangan dan bimbingan menduduki peperiksaan daripada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang baru-baru ini.

Pensyarah Kanannya, Dr. Baderisang Mohamed berkata, sumbangan amal jariah itu bertujuan meringankan beban mereka di samping membantu mereka untuk cemerlang dalam akademik.

Menurut beliau, setiap penghuni RUmah Bedaya itu menerima sumbangan tunai berjumlah RM100 setiap seorang.

"Mereka berpotensi dan mempunyai masa depan yang cerah untuk menyambung pelajaran masing-masing ke peringkat tertinggi," katanya selepas memberi motivasi kepada penghuni Rumah Bedaya.

Salah seorang penerima bantuan, Mohamad Shahirul Amir Ramli, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim memberitahu, ceramah dan suntikan semangat serta bantuan kewangan yang diberi akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Penyelia Rumah Bedaya, Zakaria Ibrahim berkata, pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menjalankan aktiviti berfaedah di situ terutama pada hari cuti persekolahan.

Sebelum ini, ujarnya, kira-kira 30 guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani turut menjalankan aktiviti meningkatkan potensi murid di situ.

"Kami amat hargai setiap sokongan sektor kerajaan dan swasta dalam melonjakkan kecemerlangan penghuni di sini," jelasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana membiayai makan dan minum setiap pelajar di situ selama ini.

No comments: